Aduh.... kenapa asyik nak langgar aje.... lepas tu tak ingat dunia...orang bandar katakan, bila bawa kereta tu... bila jalan kat kampung berhati-hati le sikit, nie tidak, pakai jalan aje, ada lubang ke, lopak air ke... pakai langgar aje... habis baju aku nie..... geramnya... dah pakai cantik-cantik begini jadinya.... adusssss, WBG 6528 kereta mini cooper warna hitam....aku melihat nombor plat kereta tu.
Sampai di rumah nissa aje... aku terus aje campak beg ke sofa.... geramnya....marahku. Kenapa dengan kau nie athlia macam kambing tak mandi dengan baju penuh lumpur... mcm nie ke nak pergi majlis kahwin shila marah nissa. Bengang aku tahu tak... habis baju aku kena lumpur dilanggar kereta mamat berlagak mana entah... kalau aku jumpa orang tu, siap dia aku kerjakan... dah le aku dah tak baju lagi nie.... dengan muka senyum mengada-gada. Hai, nampak gayanya ada yang nak pinjam aku le nie kata nissa.
Nissa pun terus naik ke atas dan mengambil sepasang baju kebaya alah-alah mak datin dan di serahkan kepada athlia... apa nie rungut si athlia, kenapa bagi baju macam nie kat aku.... tak nak le... buat malu aje... nak ke tak nak marah nissa...pakai aje.
Sampai aje di rumah shila, ramai tetamu sedang menjamu selera, sedang aku leka memandang kiri dan kanan aku terpandang kereta mini cooper warna hitam tadi.... macam pernah lihat aje, tapi dimana ya... dengan senyuman yang penuh makna... siap kau...hehehe
Shila nampak cantik sekali dengan pakaian pengantinnya... begitu juga dengan azril yang sentiasa tersenyum sahaja.... mana taknya buah hati yang dicintai dalam diam masa di universiti dulu telah berjaya dimilikinya....tengok le sapa yang jadi orang tengahnya... posmen tak bertauliah katakan... hiss berangan pulak aku nie.... lepas aku jalankan misi terbaruku tadi...hihihi padan muka. Si nissa nie aku pandang asyik tersenyum aje... pasal pulak tu.... Oh.... rupa-rupanya sedang kontrol ayu dengan kawan-kawan si azril dan pengapitnya yang hensom-hensom belaka katakan. Tak kuasa aku... luahan hati athlia. Selepas shila bersanding dan makan berhadap, aku pandang pengapit si azril tu, asyik tersenyum aje kat aku... apalah pulak mamat nie... aku lempang sekali mahu terbarai gigi nanti... Aku pandang ke luar, melihat kereta mini cooper hitam di sebalik pokok, masih lagi berada di situ... melereh senyuman di bibirku.
Nissa datang dekat denganku... athlia pukul berapa kita nak balik nie... dah kul 3.30 petang. Jom balik, kataku kepada nissa... aku dan nissa pun terus ke bilik pengantin untuk berjumpa dengan shila yang asyik bergambar dengan abangnya... merangkap suaminya sekarang.. dulu abang angkat sekarang dan terangkat dah, lawakku kepada shila yang sejak tadi asyik tersenyum ayu, kontrol ayu katakan..
Shila, azril, aku dan nissa dah nak balik nie, jaga diri dan jadilah isteri dan suami yang baik...terbaik...kataku kepada shila dan azril... selamat berbahagia aku doakan.... muah...muah...kataku pada shila.
Lepas tu...aku berbisik kat shila.... malam nie jaga diri baik-baik, ada rimau nak makan kau, usik aku kepada shila.... si azril pun dengar sama apa yang ku katakan.... senyum memanjang aje... sedang aku berborak-borak dengan kedua pengantin... kedengaran suara riuh rendah kat luar.. si azril apa lagi.... keluar ke halaman rumah untuk melihat apa yang berlaku... Aku nie... apa lagi tersenyum sumbing aje le.... rasakan luahan hatiku. Nissa pandang aku yang asyik tersenyum... kenapa kau nie, kata nissa kepadaku... tak ada apa-apa.. kenapa aku lihat kau asyik tersenyum je dari tadi.
Aku, nissa dan shila terus keluar untuk melihat apa yang berlaku... jeng-jeng lihatlah gelakku dalam hati.
Hampir nak menangis aku lihat...muka si pengapit si azril tu.... ohh... dialah orangnya, manusia yang tak berhati perut kataku dalam hati... dah buat salah bukan nak minta maaf, terus jalan aje.... rasakan....
Kenapa nie aku dengan si shila bertanya dengan azril merangkap suaminya sekarang. Cuba sayang tengok apa dah jadi dengan kereta kesayangan merangkap kekasih gelap si Ammar tu, muncung mulut si azril aku lihak menghala ke kereta mini cooper hitam. Ya Allah, apa dah jadinya.... rungut shila... sapalah yang punya kerja nie... habis dua tayar kereta si Ammar tu kempis dan dinding kereta penuh dengan lumpur... yang paling kelakar sekali dan tak boleh tahan padaku ada pulak tahi lembu kat cermin tepi dan dinding kereta.
Siapa le yang buat hal dengan kereta aku nie.... marah si Ammar yang aku lihat dari tadi macam terkejut beruk apabila melihat keretanya.... yang aku bengang sekali nie, ada pulak tahi lembu kat pintu kereta nie.... macam mana nak buka kereta nie.... gelinya...kata Ammar.
Dalam hatiku... rasakan inilah akibatnya kalau cari pasal dengan athlia...samseng kampung pisang masa kecik-kecik dulu...hehehe. Nissa aku lihat dah jeling-jeling kat aku... macam aku ada buat salah... Aku apa lagi buat tak tahu aje. Nissa aku lihat sedang datang dekat denganku... kau punya kerja ya athlia, bisik nissa padaku. Mana ada, jawabku. Habis aku lihat ku asyik senyum je dari tadi, macam suka sangat kenapa? Bukan aku tak kenal kau, dah tahu sangat perangai kau nie... betulkan kau punya kerja, kata nissa.
Malaslah nak layan kau nie nissa, aku pulak yang kau tuduh... kenapa? buah hati kau ke tu, sampai nak cari pasal kat aku nie.... sakat aku kat nissa. kenapa kau jeles ke, kata nissa kat aku. Nak termuntah aku dengar, jawabku kepada nissa.
Shila dan Azril pun datang menghampiriku dengan nissa. Siapalah yang buat perangai kat kereta Ammar tu, mesti budak-budak nakal nie yang buat, kata shila. Kalau kau nak tahu si Ammar tu memang sayang gila kat kereta mini cooper tu... pantang sikit kena kotor dan calar, mahu mengamuk kalau ada calar sikit, kata azril. Aku apa lagi buat muka poyo aje le, tu le pasal sapa suruh cari penyakit dengan aku... kalau nak tahu mana aku dapat tahi lembu tu macam mana... jeng-jeng,...... masa aku tengah pancitkan tayar kereta si Ammar tu, di sebalik pokok asam tu, aku nampak anak si Muthusamay tu... sedang mengangkut tahi lembu untuk dibuat baja katanya.... apa lagi... aku mintak le sikit..... marah punya pasal tahi lembu yang busuk pun aku sangup mintak... tu le citernya.
Sudah hampir dua bulan kejadian tu berlaku, sekarang nie si azril dan shila nak buat kenduri, pindah rumah baru katakan.... hari minggu nie kat serdang umahnya.... shila dan azril bekerja di UPM, dekatlah katanya dengan rumah mereka kata shila denganku pagi tadi. Bukan main gembira aku lihat shila sekarang, dah kahwin katakan.
Fikiranku teringat pertanyaan mak kepadaku minggu lepas. Bila lagi nie athlia kamu nie nak kahwin, umur dah nak masuk 26 tahun, kata mak kepadaku masa balik kampung. Kalau kamu tak ada calon, aku nak tunangkan kau dengan anak makcik bedah kau tu... kata mak padaku. Mak nie pandai-pandai aje jawabku... nanti le dulu kataku kepada mak... dalam fikiranku teringat dengan anak lelaki makcik bedah yang lemah lembut dulu masa kat sekolah rendah, hiss.. naik geli geleman aku dibuatnya. Aku tak kira, kalau hujung tahun nie kamu tak bawak balik calon suami, mak nak kau terima anak makcik bedah kau tu, marah mak kepadaku. Pening kepala aku nie asyik teringat kata-kata mak tempoh hari... Apa nak jadi, sampai sekarang tak kawin lagi... lagu Dato SM Salim berkumandang.... kang aku baling radio nie baru tahu... orang tengah susah hati nie... boleh pulak nak putar lagi nie....
Aku lihat si nissa dah bersiap cantik.... wahai cik nissa yang cantik nie nak ke mana kataku kepada nissa. Nak pergi dating dengan cik abang le jawab nissa dengan selambanya... Apa? nak pergi dating, dengan sapa pulak nie... tanyaku... Adalah, jangan cemburu kata nissa. bye....bye..Nissa terus aje keluar dari rumah meninggalkan aku sendiri... sedihnya nissa dah ada teman lelaki, kataku dalam hati...
Hari minggu tu sedang aku bersiap-siap nak ke rumah shila.... handphoneku berbunyi.... sapa pulak yang kacau pagi-pagi nie..... aku apa lagi, terus melihat skrin, adoi!!! mak lah pulak.... tolong..... kataku.
Assalammualaikum mak, kataku.... kenapa mak telefon nie, mak sihat ke, baik ke kataku... mak terus aje berkata minggu depan mak nak kamu balik, jumpa dengan anak makcik bedah kamu tu, nie mak dah bagi tahu awal-awal, mesti kamu balik, jangan nak buat macam-macam alasan dan cerita pulak, yang mak tahu, kamu athlia mesti balik minggu depan, kalau tak mak terus aje kawinkan kau nanti, jerit mak di telefon, aduh, sakit telingaku, mendengar jeritan mak yang alah-alah tarzan tu.....
Nak terlepas handphone yang aku pegang nie, apabila mak dah marah. Okay... ok... nanti athlia balik, jangan risau ya mak, jawabku. Aduh, masalah lagi, macam mana nie... tolonglah diriku nie...
Sampai saje di umah shila, aku lihat musuhku sudah ada, sapa lagi kalau bukan tuan dan kereta mini cooper tu... musuh dalam diam aje.....heheh.... Aku terus memberi salam dan berjumpa dengan shila yang aku lihat semakin berseri-seri dan cantik sejak kawin nie. Aku lihat si Ammar tu asyik pandang-pandang kat aku, nak kena cucuk ke biji mata dia nie kang, kataku dalam hati.
Hai, athlia makin cantik sekarang nie ya, usik azril padaku.... nanti ada orang marah baru tahu, jawabku, sambil memandang shila. Athlia, ada orang jauh kirim salam kat kau, kata shila padaku, apabila aku dan shila menuju ke dapur untuk membantunya menyediakan makanan. Apa? orang jauh mana pulak tu.... alah adalah orang yang jatuh cinta pandang pertama masa jumpa kau hari tu. Siapa ? tanyaku kepada shila.
Amboi, macam tak sabar nak tahu, kata shila padaku, dalam hatiku berkata... nampaknya macam ada rancangan yang perlu diaturkan untuk menyelesaikan masalahku ini.... kataku dalam hati, hehehe... boleh selesai masalah nie.... Aku terus bertanya lagi kepada shila, siapa shila kataku dengan rasa yang tidak sabar-sabar. Kau nie apa pasal athlia, macam orang tak sabar, marah shila padaku.... Aku buat lagi muka tak tahu malu lagi.... siapa shila, aku merengek-rengek macam budak kecik pada shila.... Tu... sana tu, jawab shila sambil jarinya menunjuk kepada Ammar yang sedang berbual dengan kawannya.
Apa!!! kataku pada shila.....boleh jadi nampaknya rancangan aku nie.....sambil tersenyum kataku dalam hati.....
hehe.. ni novel tak siap eh?
ReplyDeletegua tak minat novel, kalau majalah kereta, gua followwwwwwwwwwwwwww......
ReplyDelete