Khas ditujukan kepada seseorang yang bernama fazzry...hehehe
Lagu Maher Zain.. Inshaallah.... Inshaallah.... terus berbunyi berkali -kali supaya mengejutkan aku untuk bangun dari tidurku yang lena. Aduh.... kacau betul, siapa yang telefon pagi-pagi buta nie.
Akhirnya, dengan perasan geramnya aku terus mencapai handphoneku.... Hello.... nak terlepas handphone ditanganku, apabila terdengar suara minah kepoh, menjerit memarahiku, kenapa tidak menjawab panggilannya...
Kalau nak tahu siapa minah kepoh nie tunggu le sebentar lagi, mesti dia mai sini. Tidak sampai 10 minit, dia sampai, itulah sahabat baikku yang juga merangkap bakal kakak iparku...hehehe
Liyana kenapa tak siap lagi, marah Nadia. Alah kejap lagi, jawabku.
Cepat siap, nie dah pukul berapa, kata nak pergi temuduga, nak menganggur lama-lama nie nak tanam anggur ke, usik Nadia.
Mana kawasan nak tanam anggur kataku kepada Nadia... alah gurau aje.
Okay, aku bagi kau masa setengah jam untuk siap, aku nak pergi jumpa buah hatiku sekejap, kata Nadia. Nadia, terus berlalu meninggalkan aku untuk bersiap,
rungutku.... alah buah hati konon, yang aku pelik sampai sekarang nie, macam mana Nadia dan Abg Zam aku boleh bercinta dan bertunang nie.... pelik bin ajaib betul, kalau zaman belajar dulu, tak boleh nak bertembung atau berjumpa, ada saja yang cari pasal, macam anjing dengan kucing Itulah yang dinamakan jodoh.
Liyana, cepat siap....kata Nadia dari luar bilik. Kacau betul, minah nie.... nak pergi temuduga hari nie.... kali yang ketiga rasanya......
Aku terus tersengih sendirian.... terkenang semasa dulu.... bukan aku yang kena temuduga tapi ada mamat skema nie.... tapi boleh tahan juga, yang mintak kerja di pejabatku dulu....Casa Arena...
Sedang aku sibuk menyiapkan kerja yang diberikan, masuk le seorang mamat nie nak tanya di mana tempat untuk di temuduga. Dengan selamba aku menjawab, kat sini le mana lagi. Tiba-tiba aje mamat nie, terus tunjuk kat aku resume dan sijil-sijil yang dibawa.
Aku apa lagi, terus aje, mengambil kesempatan nak kenakan budak nie...hehehe
Sedang leka mengenakan mamat nie.... tiba-tiba masuk bosku Encik Borhan yang merangkap Singa Jantan di dalam pejabat nie.
Liyana..."Awak dah siapkan semua kerja', Nie siapa pulak nie? soal Encik Borhan, macam polis pencen pulak.... Aku dengan tergagap terus menjawab, " sudah encik,
'Ohh, ' Encik ini datang untuk temuduga hari nie,
' Tapi... apa pasal saya lihat macam awak pulak yang nak buat temuduga, dah berkenan ke...atau saudara awak, kata Encik Borhan kepada ku.
Dalam hatiku berkata, mati aku hari nie kena dengan Singa Jantan nie.... Tak adalah Encik, jawabku dengan selamba badak.
'Okay, 5 minit lagi awak suruh dia masuk bilik saya' kata Encik Borhan padaku', baik bos, jawabku.
Aduh malu betul aku dengan mamat nie.... Dengan selambanya, aku hanya mendiamkan diri dan buat-buat tak tahu.
Selepas itu, mamat skema tu terus masuk untuk ditemuduga oleh Encik Borhan. Lupa pulak nak cakap namanya Ahmad Fazzry Bin Sabtu. Akhirnya mamat nie, dapat kerja, rupa-rupanya saudara isteri Encik Borhan. Mamat skema ini sekarang telah menjadi rakan kerjaku dan dia suruh rakan-rakan yang lain memanggil namanya Ari sahaja, perasan macam pelakon kacak Indonesia tu, jejaka perasan konon.
Lebih kurang 3 bulan aku berkerja dengan mamat nie, naik geram dibuatnya. Sebab semua kerja, asyik aku aje yang kena semak. Kalau tak ada aje masalah atau bala yang menimpa. Mana taknya, minggu lepas habis aku kena marah dengan Encik Borhan pasal salah harga, siapa lagi punya pasal, kalau tak si Ari yang punya pasal dan kerja. Mana taknya... datang kerja sahaja, pagi-pagi terus buka computer dan main Games.... Ninja Saga le, War le...Elite Knight apa saja Games yang ada online tu. Naik geram betul aku dengan mamat nie. Kalau tak, chit chat dengan member kat internet.
Satu pagi tu, aku masuk awal ke pejabat, apa lagi , kerja nak menyiasat pasal si Ari nie, Aku terus aje On PC computer dia, macam-macam ada, banyak betul dia main Games, gelaran nama yang tak boleh aku nak lupa sampai sekarang.... LaksamanaSunan, C-Badang, Batman, Spiderman, macam-macam ada.... Apalah agaknya nak jadi.
Kalau di facebook jangan nak kata, macam mamat jiwang dan mamat temberang pun ada. Nak jadi jejaka romantik konon. Si Ari nie, yang aku sedia maklum dah ada awek masa dia masuk kerja dan selepas tu,dah putus, katanya.
Selepas putus cinta tu, dia selalu tiap kata-kata puitis konon kat facebook dengan kata-kata yang romantik dan macam orang gila talak, jiwa kacau sebab putus cinta.
Macam-macam kata yang dia tulis tu, " Sape nak follow den cari gadis dibuat pacaran', lagi satu tu jiwang habis, ' Kau masih ku cintai sungguh awiiee dari awal dulu hingga akhir ini, aku yakin seyakinnya pasti kaulah satu untukku', memang lagi Awie tu.
Nie lagi satu, dah besar-besar pun ada bantal busuk, mana taknya, si Ari nie, dia tinggal kat rumah yang disediakan oleh pejabat, nak dijadikan cerita, rumah yang dia duduk tu, ada nak buat renovation, terpaksalah makcik housekeeping tu, masuk untuk cuci bilik, rupa-rupanya si Ari nie ada bantal busuk, kalau dibuang ke laut semua ikan mati, nak pengsan makcik tu dibuatnya. Deman dua hari dibuatnya, sebab terperanjat. Malas betul si Ari nie, kesian sungguh siapa yang jadi isterinya nanti, jangan-jangan tu bantal awek kesayangan dia bagi, sebabnya dah kepam dan jadi warna hitam pun nak simpan lagi di bawak tidur. Kesian sungguh, Jiwa kacau betul tu, semua kerja, ada aje yang lupa.Semoga dia berubah kelak...Amin
Liyana.... cepat, jerit Nadia lagi, Alamak macam mana nie, mandi pun belum, jam dah nak pukul 8.30 pagi, kacau betul, sebab teringat pasal si Ari nie, nanti tak pasal-pasal jiwaku yang kacau pulak.
hahaha.. bab bantal peluk yg x boleh tahan tu! mcm bdk kecik! ni byk berangan la si ari ni... adoiii..
ReplyDelete