Kasihku kasihmu - Bab 1

Kehidupan merupakan satu sandiwara dunia di pentas lakonan kehidupan...

Iklan..

Saturday, 25 June 2011

Cerpen : Jiwa Kacau

Khas ditujukan kepada seseorang yang bernama fazzry...hehehe


Lagu Maher Zain.. Inshaallah.... Inshaallah.... terus berbunyi berkali -kali supaya mengejutkan aku untuk bangun dari tidurku yang lena. Aduh.... kacau betul, siapa yang telefon pagi-pagi buta nie.

Akhirnya, dengan perasan geramnya aku terus mencapai handphoneku.... Hello....  nak terlepas handphone ditanganku, apabila terdengar suara minah kepoh, menjerit memarahiku, kenapa tidak menjawab panggilannya...
Kalau nak tahu siapa minah kepoh nie tunggu le sebentar lagi, mesti dia mai sini. Tidak sampai 10 minit, dia sampai, itulah sahabat baikku yang juga merangkap bakal kakak iparku...hehehe

Liyana kenapa tak siap lagi, marah Nadia. Alah kejap lagi, jawabku.
Cepat siap, nie dah pukul berapa, kata nak pergi temuduga, nak menganggur lama-lama nie nak tanam anggur ke, usik Nadia.
Mana kawasan nak tanam anggur kataku kepada Nadia... alah gurau aje.
Okay, aku bagi kau masa setengah jam untuk siap, aku nak pergi jumpa buah hatiku sekejap, kata Nadia. Nadia, terus berlalu meninggalkan aku untuk bersiap,
 rungutku.... alah buah hati konon, yang aku pelik sampai sekarang nie, macam mana Nadia dan Abg Zam aku boleh bercinta dan bertunang nie.... pelik bin ajaib betul, kalau zaman belajar dulu, tak boleh nak bertembung atau berjumpa, ada saja yang cari pasal, macam anjing dengan kucing Itulah yang dinamakan jodoh.

Liyana, cepat siap....kata Nadia dari luar bilik. Kacau betul, minah nie.... nak pergi temuduga hari nie.... kali yang ketiga rasanya......
Aku terus tersengih sendirian.... terkenang semasa dulu.... bukan aku yang kena temuduga tapi ada mamat skema nie.... tapi boleh tahan juga, yang mintak kerja di pejabatku dulu....Casa Arena...

Sedang aku sibuk menyiapkan kerja yang diberikan, masuk le seorang mamat nie nak tanya di mana tempat untuk di temuduga. Dengan selamba aku menjawab, kat sini le mana lagi. Tiba-tiba aje mamat nie, terus tunjuk kat aku resume dan sijil-sijil yang dibawa.
Aku apa lagi, terus aje, mengambil kesempatan nak kenakan budak nie...hehehe

Sedang leka mengenakan mamat nie.... tiba-tiba masuk bosku Encik Borhan yang merangkap Singa Jantan di dalam pejabat nie.
Liyana..."Awak dah siapkan semua kerja', Nie siapa pulak nie? soal Encik Borhan, macam polis pencen pulak.... Aku dengan tergagap terus menjawab, " sudah encik,
'Ohh, ' Encik ini datang untuk temuduga hari nie,
' Tapi... apa pasal saya lihat macam awak pulak yang nak buat temuduga, dah berkenan ke...atau saudara awak, kata Encik Borhan kepada ku.
Dalam hatiku berkata, mati aku hari nie kena dengan Singa Jantan nie.... Tak adalah Encik, jawabku dengan selamba badak.

'Okay, 5 minit lagi awak suruh dia masuk bilik saya' kata Encik Borhan padaku', baik bos, jawabku.
Aduh malu betul aku dengan mamat nie.... Dengan selambanya, aku hanya mendiamkan diri dan buat-buat tak tahu.

Selepas itu, mamat skema tu terus masuk untuk ditemuduga oleh Encik Borhan. Lupa pulak nak cakap namanya Ahmad Fazzry Bin Sabtu. Akhirnya mamat nie, dapat kerja, rupa-rupanya saudara isteri Encik Borhan. Mamat skema ini sekarang telah menjadi rakan kerjaku dan dia suruh rakan-rakan yang lain memanggil namanya Ari sahaja, perasan macam pelakon kacak Indonesia tu, jejaka perasan konon.

Lebih kurang 3 bulan aku berkerja dengan mamat nie, naik geram dibuatnya. Sebab semua kerja, asyik aku  aje yang  kena semak. Kalau tak ada aje masalah atau bala yang menimpa. Mana taknya, minggu lepas habis aku kena marah dengan Encik Borhan pasal salah harga, siapa lagi punya pasal, kalau tak si Ari yang punya pasal dan kerja. Mana taknya... datang kerja sahaja, pagi-pagi terus buka computer dan main Games.... Ninja Saga le, War le...Elite Knight apa saja Games yang ada online tu. Naik geram betul aku dengan mamat nie. Kalau tak, chit chat dengan member kat internet.

Satu pagi tu, aku masuk awal ke pejabat, apa lagi , kerja nak menyiasat pasal si Ari nie, Aku terus aje On PC computer dia, macam-macam ada, banyak betul dia main Games, gelaran nama yang tak boleh aku nak lupa sampai sekarang.... LaksamanaSunan, C-Badang, Batman, Spiderman, macam-macam ada.... Apalah agaknya nak jadi.

Kalau di facebook jangan nak kata, macam mamat jiwang dan mamat temberang pun ada. Nak jadi jejaka romantik konon. Si Ari nie, yang aku sedia maklum dah ada awek masa dia masuk kerja dan selepas tu,dah putus, katanya.
Selepas putus cinta tu, dia selalu tiap kata-kata puitis konon kat facebook dengan kata-kata yang romantik dan macam orang gila talak, jiwa kacau sebab putus cinta.

Macam-macam kata yang dia tulis tu, " Sape nak follow den cari gadis dibuat pacaran', lagi satu tu jiwang habis, ' Kau masih ku cintai sungguh  awiiee dari awal dulu hingga akhir ini, aku yakin seyakinnya pasti kaulah satu untukku', memang lagi Awie tu.

Nie lagi satu, dah besar-besar pun ada bantal busuk, mana taknya, si Ari nie, dia tinggal kat rumah yang disediakan oleh pejabat, nak dijadikan cerita, rumah yang dia duduk tu, ada nak buat renovation, terpaksalah makcik housekeeping tu, masuk untuk cuci bilik, rupa-rupanya si Ari nie ada bantal busuk, kalau dibuang ke laut semua ikan mati, nak pengsan makcik tu dibuatnya. Deman dua hari dibuatnya, sebab terperanjat. Malas betul si Ari nie, kesian sungguh siapa yang jadi isterinya nanti, jangan-jangan tu bantal awek kesayangan dia bagi, sebabnya dah kepam dan jadi warna hitam pun nak simpan lagi di bawak tidur. Kesian sungguh, Jiwa kacau betul tu, semua kerja, ada aje yang lupa.Semoga dia berubah kelak...Amin

Liyana.... cepat, jerit Nadia lagi, Alamak macam mana nie, mandi pun belum, jam dah nak pukul 8.30 pagi, kacau betul, sebab teringat pasal si Ari nie, nanti tak pasal-pasal jiwaku yang kacau pulak.

Saturday, 18 June 2011

Kasihku kasihmu Bhg.4

Selepas Ammar menyatakan perasaannya padaku, aku hanya terus mendiamkan diri tanpa memberi sebarang jawapan. Aku terus sahaja  minta Ammar menghantar aku pulang.

Dalam perjalanan pulang, Ammar telah memberitahuku bahawa dia telah jatuh hati padaku sejak pertama kali melihatku semasa perkahwinan Azril dan Shila. Athlia, " saya minta maaf jika awak tidak dapat menerima perasaan saya ini', jika tidak anggap saja, perkara ini tidak pernah berlaku, kata Ammar padaku. Aku hanya mendiamkan diri saja.

Pabila tiba sahaja dihadapan rumah sewaku... Ammar, " saya tak tahu nak cakap apa, tapi saya minta maaf ya, kataku kepada Ammar. Ammar hanya menganggukkan kepalanya kepadanya.... dan aku terus masuk ke rumah.
Sudah hampir tiga hari, Ammar tidak menghubungiku.... 'mungkin kecewa ke dia'... luahan hatiku. Sebenarnya bukan aku tidak dapat menerima Ammar tapi, kenangan silam yang lalu tidak dapat ku lupakan, Aku tidak sanggup dikecewakan lagi.... Aku benci manusia yang bergelar lelaki yang sanggup menipu demi kepentingan diri sendiri, 'kecewa ke aku pada waktu itu, tapi yang paling aku kesalkan, diri ini seolah-olah mengkhinati kawan baiku sendiri, pada waktu itu, diri ini berasa amat berdosa dan bersalah sangat dengan Julia. Masih terbayang lagi kenangan dulu yang mungkin tidak dapat ku lupakan.............

Semasa belajar dulu, aku terkenal dengan perangai nakal dan suka mengusik  rakan-rakan lain. Dengan wajahku yang comel dan alah-alah Lisa Surihani tu.... dengan badan yang tinggi lampai, aku turut menjadi perhatian ramai rakan lelaki, tapi semuanya aku anggap kawan sahaja, tak lebih dan tak kurang dari tu.

Julia Hani merupakan sahabat baikku dan merangkap roomateku, bagiku dialah sahabat terbaiku. Julia merupakan anak seorang Dato' yang terkenal di Johor Bharu. Walaupun Julia anak orang kaya, dia tidak sombong, dan sentiasa membantu dan menolongku. Pada masa semesta akhir, aku lihat sikap Julia banyak berubah, dia menjadi lebih pendiam dan hilang segala citer-citer nakalnya kepadaku.... suatu pagi aku berbual dengan Julia, " Kenapa sejak akhir-akhir nie Athlia nampak Ju asyik murung aje", kenapa ya ? tanyaku kepada Julia, dia hanya menjawab tiada apa-apa, mungkin tekanan sikit kot sebab kitakan semesta akhirnya, banyak kerja yang nak dibuat'. kata Julia padaku.

Aku dan Julia sudah merancang untuk ke library petang nie, untuk perbincangan kumpulan. Dalam kumpulan kami seramai lima orang, hanya aku dan Julia saja perempuan yang lain lelaki, Ariff, Iskandar dan Hairi. Mereka semua merupakan teman baikku sejak awal semesta lagi kecuali Hairi yang merupakan pelajar baru, alah pertukaran pelajar antara universiti yang dilakukan untuk akhir semesta. Pada awalnya, Julia dengan Hairi berkawan rapat, kami semua mengelarkan mereka pasangan kekasih, tapi mereka menafikan dan memaklumkan mereka sepupu dan membesar bersama sejak kecil. Hairi aku lihat memang sentiasa mencari peluang untuk lebih bersama denganku apabila ada tugasan luar yang perlu dilaksanakan. Aku hanya anggap itu cuma perasaanku sahaja. Perasan konon...

Pada suatu petang semasa Aku dan Julia sedang bersiap-siap untuk keluar mencari bahan projek baru, aku lihat muka Julia pucat sahaja, Aku bertanya dengan Julia, 'kenapa mukanya kelihatan pucat sahaja', tiba-tiba Julia pengsan dan membuatkan aku panik, akhirnya aku terus menelefon Hairi dan terus membawa Julia ke hospital. Selepas itu, aku tidak lagi berjumpa dengan Julia kerana papanya telah membawanya ke luar negeri dengan sebarang sebab dan alasan yang aku ketahui. Hairi juga tidak memaklumkan apa-apa padaku dan hanya menyatakan bahawa Julia ada sakit dan perlu dirawat di luar negeri.
Sejak dari itu, aku kehilangan seorang teman baikku, selepas itu aku mengenali nissa dan shila yang menjadi teman bilik. Hubunganku dengan Hairi dan teman-teman yang lain berjalan seperti biasa sehingga akhir semesta.

Pada hari konvokesyen itulah, yang mencatat sejarah, dimana Hairi telah menyatakan perasaannya padaku selama ini dan ingin menjadikanku teman hidupnya. Mulanya aku tidak memberi sebarang jawapan, tapi dengan usaha yang gigih dan tidak mudah berputus asa, hati perempuan mana tak tertawan, akhirnya aku menerima Hairi untuk menjadi teman istimewaku merangkap kekasih hati.
Aku maklumkan kepada Hairi bahawa aku ingin bekerja dahulu untuk membantu kedua orang tuaku, kemudian baru memikirkan tentang hubungan kita kelak. Hubunganku dengan hari berlanjutan sehingga dua tahun , akhirnya aku dan Hairi telah membuat keputusan untuk bertunang pada hujung tahun ini.

Dalam sibuk-sibuk aku dan Hairi membeli barangan pertunangan, aku menerima panggilan dari seseorang yang aku rindui selama ini, siapa lagi kalau bukan Julia Hani. Julia memohon supaya jangan beritahu Hairi tentang dia menghubungiku, tapi aku tidak menganggap apa-apa, mungkin untuk kejutan agaknya. Selepas membeli barang-barang, Hairi bertanya padaku, " Athlia siapa yang call you tu sayang" gembira sangat nampak" tanya Hairi padaku, Hanya jawapan yang keluar dari mulutku, adalah teman lama sahaja. Mungkin dalam sibuk mengangkat barang untuk dimasukkan dalam bonet kereta, menyebabkan Hairi tidak lagi bertanya apa-apa padaku. Dalam kereta, Hairi memaklumkan bahawa dialah insan yang paling bertuah kerana dapat memiliki  diriku kelak, 'sayang tak sampai lagi dua minggu kita akan bertunang dan lepas tu nikah', usik Hairi kepadaku. Sebenarnya aku dan Hairi telah sepakat selepas bertunang, dan sebulan lepas tu kami terus bernikah, sebab tidak mahu bertunang lama-lama katanya, banyak dugaan yang datang......

Hujung minggu yang telah ditetapkan oleh Julia, akhirnya aku bertemu dengan Julia di Alamanda Putrajaya. Aku merancang untuk sampai lebih awal dan sanggup menunggu lama untuk insan yang banyak membantuku. Dari jauh aku lihat Julia sedang berjalan, menghala ke tempat yang dijanjikan. Aku lihat Julia, banyak perubahan tentang dirinya, lebih kurus tetapi masih lagi kelihatan cantik. Dengan linangan air mata, aku terus memeluk Julia apabila dia tiba dihadapanku, aku lihat Julia turut sama memelukku dengan erat, akhirnya kami sama-sama ketawa.

Aku lihat Julia, lebih banyak termenung semasa kami makan, " Athlia" kata Julia kepadaku, 'Julia nampak seperti orang susah hati'..... kenapa Julia... 'cuba beritahu apa sebenarnya yang berlaku pada kau Julia', kataku kepada Julia. " Kamu tahu tak Julia, 'apabila kau tinggalkan aku tanpa sebarang khabar berita lebih kurang tiga tahun, aku sedih sangat, kerana kau adalah teman sejatiku hingga akhir hayatku' kataku pada Julia. Kenapa kau hilang tanpa khabar berita. 'Hairi hanya bagitahu, kau pergi berubat kerana kau sakit dan perlu di rawat di luar negara', betul ke?, tanyaku kepada Julia.
Apa? itu yang Hairi beritahu pada kau Athlia, kata Julia padaku. Aku hanya mampu mengangguk. Cuba beritahu aku apa sebenarnya yang berlaku Julia.... apa yang berlaku sebenarnya.........

Sebenarnya..... ak..aa..aku tidak tidak sakit apa-apa pun, itu hanya sandiwara Hairi sahaja....
'Apa? 'habis kenapa Hairi bagitahu aku, kau sakit... apa sebenarnya yang berlaku Julia'.... perasaan dan hatiku sudah tidak tenteram... apa sebenarnya yang terjadi antara Julia dan Hairi.

Athlia, 'aku sebenarnya bukan nak menggangu kebahagian kau, tapi aku tak sanggup sebenarnya'..... kenapa Julia... kenapa kau cakap macam tu............... rungut Athlia. Julia aku nampak macam orang serba salah. Dulu sebenarnya... dengan tergagap-gagap Julia untuk menyatakan sesuatu. Apa sebenarnya yang berlaku Julia... marahku.  Aku mengandung..... hampir nak tersedak aku dibuatnya apabila Julia berkata bahawa dia mengandung. Julia memaklumkan bahawa dia mengandung dan papanya membawa dia ke luar negeri untuk menyelesaikan masalah keluarga yang berlaku..... 'sebenarnya aku mengandungkan aa....
ana..., anak siapa'? Julia, kataku pada Julia...... anak Hairi...... di situlah segala-galanya terus berubah.... Aku hanya mampu mengalirkan air mata..... kenapa begini akhirnya.... Aku tidak sanggup untuk mendengarnya lagi. Tapi aku perlu mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Aku memohon supaya Julia ceritakan apa yang terjadi.
Setelah mendengar cerita daripada Julia, rasanya hati ini sangat terluka, kenapa ada insan sepertinya di dunia ini. 'Athlia.... Ju sebenar ingin minta maaf dengan apa yang terjadi' kata Julia. Aku hanya tersenyum.... 'tak apa Julia, lebih baik tahu sekarang dari kemudian hari'. Tidak pernah aku sangka bahawa Hairi sebenarnya telah bernikah dengan Julia, apabila mendapat tahu bahawa Julia mengandung, mereka sebenarnya memang bercinta dari dulu, Hairi yang memintanya supaya jangan hebohkan, rupanya untuk kepentingan diri.



p/s: belum edit lagi......rasanya ada banyak kesilapan....pening sikit kot...